Tun Dr. Mahathir Mohamad

“Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya”


DYTM Raja Dr Nazrin Shah

"Semangat mendaulatkan bahasa Melayu harus dihidupkan dan tiada tiada maknanya sekiranya ia hanya termaktub dalam satu perenggan dalam Perlembagaan negara."


Munsyi Abdullah

”Jika orang Melayu hendak menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermat-cermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah pengetahuan baharu.”


William A.Ward

"Guru yang sederhana memberitahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang hebat menunjukkan cara. Guru yang agung menjadi inspirasi."


Karl Menninger

"Siapakah guru itu adalah lebih penting daripada apa yang diajarkannya."


Abdullah Ibnu Abbas"

Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"


SN S. Othman Kelantan

“Peradaban dan tamadun sesuatu bangsa dibina dengan bahasanya sendiri, baik dalam bentuk prosa ataupun dalam bentuk kreatif kerana bahasa menjadi jiwa sesuatu bangsa. Keindahan estetika sebagai emosi kepada jiwa itu ialah karya kreatif”.


Arena Wati

Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkan diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang yang kehilangan amanah dia rugi harga diri.


Muhammad Salleh

Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya, tiada kebenaran pada manusia yang tidak dapat melihat kenyataan.Ceritera yang Kedua Puluh Empat dlm. Sajak-sajak dari Sejarah Melayu.


Keris Mas

“Kesalahan aturan bahasa sehingga mengikut aturan bahasa Ingeris bukanlah stail yang menunjukkan ketegasan fikiran, melainkan betapa tidak teraturnya fikiran itu dinyatakan atau betapa keinggerisannya kita berfikir”.